Friday, November 12, 2010
FLoweR with LoVe
Sinopsis
Flower with love menampilkan:
-ELus
-Janet
-Barry
-Special appearance: Han Ga In
Flower with love...when 2 people meet, 2 possibility...flower or chocolate... Han Ga In adalah seorang artis popular korea. Dia kini ke Malaysia selama 4 Bulan bagi melakonkan watak baru dalam filem terkini yg dibintangi olehnya iaitu FloweR with LovE... Dia akan digandingkan dengan pelakon terkenal Malaysia iaitu Barry.
Janet adalah artis Malaysia yang paling top tetapi kini tercabar dengan artis antarabangsa iaitu Han Ga In berhubung dengan kegagalannya mendapatkan watak heroin dalam filem FLower with LovE. Selain itu, Janet juga ada misi tertentu untuk berlakon dalam filem itu kerana ingin memikat Barry iaitu pelakon lelaki yang sudah lama menjadi kegilaannya sejak mereka sama2 berlakon di filem sebelum ini. Oleh kerana itu Janet membawa diri ke desa.
Elus seorang guru yang mengajar di desa. Di desa, Janet dan Elus bertemu. Elus mmg sgt anti kepada pelakon yang bernama Janet kerana katanya Janet adalah seorang gadis yang selalu keluar gosip murahan di dada2 akhbar dan majalah tempatan. Elus sangatlah marah dengan kunjungan Janet ke desa tersebut kerana bimbang anak muridnya akan dipengaruhi oleh perangai Janet.
Oleh kerana itu Elus sentiasa mencari Jalan untuk menghalau Janet keluar dari Desa tersebut. Tapi, akhirnya Elus terjatuh hati dengan Janet sedang Janet masih mencintai Barry, lelaki pertama dalam hidup yang berjaya mencuri hatinya.
Barry dan Han Ga In berlakon bersama. Barry sangatlah professional kerana bijak mengawal hatinya dpd terjerat dengan mainan perasaan. Tetapi, Han Ga In pula terpikat dengan Barry.
Balik dari Desa, Janet bergaduh dengan Han Ga In bagi merebut Barry. Elus yang mencintai Janet sanggup mengejar Janet ke kota kerana cintanya yang suci bagi melindungi Janet dari sebarang kejadian buruk. Jadi, apakah yang akan berlaku seterusnya? Adakah Elus berjaya menawan hati Janet? Siapakah pula pilihan hati Barry? Nantikan ceritanya di pawagam!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Kata Pembaca:
Post a Comment