Assalamualaikum wbt...
Sempena bulan Febuari ni, memang sah! semua pernah dengar pasal hari valentine ni tapi lebih famous la orang cakap omputih ni..."Valentine's Day"... Malah, ada yang menyambut lagi hari tersebut sebagai hari berkasih sayang...oppss! sesiapa yang pernah menyambut atau tersambut hari itu...maka bertaubatlah...
Jadi, sempena kempen ni...marilah bersama2 katakan TIDAK kepada "Valentine's Day"!!! Jom kempen bersama2, a big TQVM to sue kerana membawa join kempen ni... Hanya dengan meletakkan beaner ni di entri anda dan buat pengisian serba serbi tentang bab ini ataupun latakkan sahaja beaner ni pun sudah cukup bagus...
Hari Valentine ni sebenarnya ialah...
Salah satu versi terkuat menyatakan asal usul sejarah Valentine’s Day bermula di sekitar tahun 270M, di zaman pemerintahan Maharaja Rom iaitu Maharaja Claudius II yang zalim. Rom ketika itu terlibat di dalam beberapa peperangan yang berdarah dalam usaha untuk meluaskan empayarnya. Claudius menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tentera. Pada pandangan beliau sebab utama pemuda-pemuda Rom tidak berminat menjadi tentera ialah kerana mereka sukar meninggalkan kekasih dan keluarga mereka. Untuk mengatasi masalah ini, Claudius telah mengharamkan semua perkahwinan dan pertunangan di kalangan masyarakat Rom.
Saint Valentine merupakan salah seorang paderi Rom ketika itu. Beliau bersama seorang paderi lain bernama Saint Marius secara rahsia telah membantu mengahwinkan pasangan-pasangan yang ingin berkahwin. Akibatnya beliau telah tangkap, dipenjara, dan dijatuhkan hukuman bunuh pada tanggal 14 Februari tahun 270 M. Beliau dianggap ‘syahid’ oleh para penganut Kristian ketika itu.
Sebelum dijatuhkan hukuman bunuh, ramai golongan muda menziarahi Saint Valentine semasa beliau di dalam penjara sebagai tanda sokongan dan simpati. Salah seorang yang kerap mengunjungi beliau ialah anak gadis kepada seorang pengawal penjara yang akhirnya membibitkan perasaan kasih sayang di antara mereka.
Pada hari Saint Valentine dijatuhkan hukuman bunuh, beliau telah meninggalkan sekeping nota kepada gadis tersebut dengan menulis ucapan terima kasih dan diakhiri dengan perkataan "Love from your Valentine”. Menurut sejarah, nota inilah yang memulakan budaya Valentine’s Day. (Sumber sini)
Jadi, sebab tu la ianya haram, mengapa perlu kita menyambut 14 febuari? Sedangkan hari2 pun boleh... Sungguh tak munasabah...hanya meraikan kasih sayang sekali dalam setahun...isy3....
3 Kata Pembaca:
valentine dok umah ngan mak bapak je. better. haha
memang tak munasabah... hari2 pun boleh buat mende spesel utk raikan kasih sayang kan?
.:padie_eyla:. : bagusnya mcm tu...hihi
CekLa: betul tu...
Post a Comment