Sunday, February 27, 2011

Komik Islamik yg menginsafkan...

Assalamualaikum wbt....

Jom layan komik2 islamik yang menginsafkan ni...

















~Sekian untuk sekarang :) ~

Sunday, February 20, 2011

Sakitnya Buah Pinggang

Assalamualaikum wbt & salam damai...

Macamana dengan tajuk ni? sakitnya buah pinggang...ada PANAS ka? huhu

Sejak minggu lalu, kami mula praktikal di wad2 tertentu... Kami first praktikal di Renal unit. Jadi di bhg HD (haemodialisis), & CAPD (continuous ambulatory peritoneal dialisis)...

Semua patient di sini memang sakit buah pinggang, memang yang peringkat terakhir sudah. Memang susah. Memang sakit. Bayangkan mereka hidup dengan HD & CAPD. Kalau saja putus asa, MATI la...

Diorang semua memang nampak kuat dari luar...tapi...betapa sakitnya buah pinggang...

P/S: Jagalah buah pinggang kita. Amalkan minum air setiap hari dengan kuantiti yang seimbang dengan badan kita :)



"Kurangkan gula dalam minuman, lebihkan madu dalam senyuman..."

Sunday, February 13, 2011

Teka-teki lawak masuk akal!

1. Apa beza diantara angkasawan dan perempuan?
Jawapan: angkasawan pergi bulan, perempuan datang bulan...ha3

2. Banyak-banyak kopi, kopi apa yang tidak sedap?
Jawapan: kopi la...ha3...manada kopi yang sedap! kah3... kenapa? sebab soalannya bukan kopi tambah gula yang tidak sedap!...kuang3...

3. Kenapa petani mencangkul tidak pakai selipar?
Jawapan: sebab diorang mencangkul pakai cangkul...bukan selipar...hahahaha

Wednesday, February 9, 2011

KEMPEN: Kami Tak Sambut Hari Valentine

Assalamualaikum wbt...

Sempena bulan Febuari ni, memang sah! semua pernah dengar pasal hari valentine ni tapi lebih famous la orang cakap omputih ni..."Valentine's Day"... Malah, ada yang menyambut lagi hari tersebut sebagai hari berkasih sayang...oppss! sesiapa yang pernah menyambut atau tersambut hari itu...maka bertaubatlah...

Jadi, sempena kempen ni...marilah bersama2 katakan TIDAK kepada "Valentine's Day"!!! Jom kempen bersama2, a big TQVM to sue kerana membawa join kempen ni... Hanya dengan meletakkan beaner ni di entri anda dan buat pengisian serba serbi tentang bab ini ataupun latakkan sahaja beaner ni pun sudah cukup bagus...


Hari Valentine ni sebenarnya ialah...

Salah satu versi terkuat menyatakan asal usul sejarah Valentine’s Day bermula di sekitar tahun 270M, di zaman pemerintahan Maharaja Rom iaitu Maharaja Claudius II yang zalim. Rom ketika itu terlibat di dalam beberapa peperangan yang berdarah dalam usaha untuk meluaskan empayarnya. Claudius menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tentera. Pada pandangan beliau sebab utama pemuda-pemuda Rom tidak berminat menjadi tentera ialah kerana mereka sukar meninggalkan kekasih dan keluarga mereka. Untuk mengatasi masalah ini, Claudius telah mengharamkan semua perkahwinan dan pertunangan di kalangan masyarakat Rom.

Saint Valentine merupakan salah seorang paderi Rom ketika itu. Beliau bersama seorang paderi lain bernama Saint Marius secara rahsia telah membantu mengahwinkan pasangan-pasangan yang ingin berkahwin. Akibatnya beliau telah tangkap, dipenjara, dan dijatuhkan hukuman bunuh pada tanggal 14 Februari tahun 270 M. Beliau dianggap ‘syahid’ oleh para penganut Kristian ketika itu.

Sebelum dijatuhkan hukuman bunuh, ramai golongan muda menziarahi Saint Valentine semasa beliau di dalam penjara sebagai tanda sokongan dan simpati. Salah seorang yang kerap mengunjungi beliau ialah anak gadis kepada seorang pengawal penjara yang akhirnya membibitkan perasaan kasih sayang di antara mereka.

Pada hari Saint Valentine dijatuhkan hukuman bunuh, beliau telah meninggalkan sekeping nota kepada gadis tersebut dengan menulis ucapan terima kasih dan diakhiri dengan perkataan "Love from your Valentine”. Menurut sejarah, nota inilah yang memulakan budaya Valentine’s Day. (Sumber sini)

Jadi, sebab tu la ianya haram, mengapa perlu kita menyambut 14 febuari? Sedangkan hari2 pun boleh... Sungguh tak munasabah...hanya meraikan kasih sayang sekali dalam setahun...isy3....

Saturday, February 5, 2011

Hp berwajah baru

Assalamualaikum wbt...

Jalan2 di saberkas kelmarin...tiba2 terasa mau beli sesuatu yang mau lekat2 di hp... Mau bagi cantik menarik tertarik la knun....

Last2...pa yg jd?

I
I
I
I
I
I
I
I
IIIIII
IIII
III
I

Tarra......haha....

~TAMAT~

Thursday, February 3, 2011

Blogger's Best Friend

Assalamualaikum wbt...

Cik Tinie sudah tag saya untuk Blogger's Best Friend... TQ :)



1. Nama korang yang cumel-cumel yang hensem-hensem..
Eyda

2. Asal owang mana?
Keningau, Sabah

3. Skung kowang semua ni masih study ke dah kerja??
Study lagi...

4. Kerja aper?
study lagi ler...hehe

5. Korang suke no berapa?
9 (september)

6. Warna kegemaran korang, warna apa?
Hijau

7. Skung korang kat mana?
Teratak 87 (Nama kelab tak rasmi)

8. Adakah korang yang cumel-cumel dan hensem-hensem ni baik hati?
Ya (insyaAllah)

9. Kalau baik hati tagkan 2 orang rakan
CTM
& all visitors... hehe



Buat cursor cute untuk blog

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera...

Saya ada belajar cara ubah cursor dari sini...

Mari kita ubah cursor pointer kita dengan cursor yang lebih cute untuk blog kita...

step 1: pilih cursor pilihan anda di sini

step 2: masuk Dashboard > Layout/design > Add A Gadget and klik HTML/Javascript... Paste kan kode tu...

Then save... happy trying... :)

Wednesday, February 2, 2011

'Sabahan bloggers yg hot!'

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera...

Sebelum memulakan entri kali ni saya memetik kata-kata Tuan penganjur segmen ni...iaitu "ok, bukan perkauman ya syg² semua. tp ini kerana sempena ulangtahun bandaraya kota kinabalu, sabah sahaja..."

Sudah jelaskan...ini bukanlah perkauman...huhu...

Saya mestilah seorang girl dari keningau sabah ba...huhu...



Dapat dilihat sikit2 la keningau dari cermin kereta itu...tapi xla jelas...

Nama saya berblogger sama la HadifaR_Love or HadifaR_R or RR ...tu semua saya la tu...

Hot di sini bermaksud panas berkaitan cuaca yang panas...kah3... Sama lah seperti di keningau yang panas...(aik...sama ka tu? ) haha...semua misunderstanding...

Bah...itu saja...hot suda ni...mo pasang kipas...biar COOL! huhu... mengundur diri dengan COOL... (TAMAT)

Saturday, January 29, 2011

A Way to Celebrate Birthday

Assalamuaaikum wbt...

Pada hari Jumaat yang bertarikh 28 Januari 2011... sebuah kisah telah berlaku di unimas & teratak 87... Apabila salah seorang ahli T87 betday...kami telah merancang sebuah kisah duka...

Si dia...sangat sedih diperlakukan kami sekalian... Si dia meratap dalam hati...

Ya...apa tidak...kami tidak mempedulikan betdaynya...siapa yang x sedih? angkat tangan please...

Tapi, disebalik setiap kejadian ada hikmahnya... Allah selalu menyelitkan kebaikan pada akhir setiap ujian untuk mereka (golongan yang beriman)... Begini lah juga buat kisah ini...

Pada pukul 4.30 ptg (lepas tamat waktu kuliah)... kami mencuri masa ke bandar... sepatutnya, kami ke bandar pukul 2.00 ptg lagi, tapi oleh kerana kelas pada petang tu tiba2 ada, jadi kami terpaksalah tukar pada plan B...

So, dipendekkan cerita... Gambar2 di bawah ni menyambung cerita saya ni...



Sampai d bandar tu...kami nampak plak demonstrasi... first time nih nampak depan mata... sempat juga ambik gambar sikit2...




Kami memilih KFC port kejutan sambutan betday girl... mula2 merancang, mau on d secret recipe...tapi, tukar ke plan B juga... sebab kami x mampu bayar...biasalah tu, student... xpalah...KFC pun sudah syukur alhamdulillah... hehe...


Perkenalkan...betday girl ada di bawah...



Alamak...pic di atas ni, gambar betday girl terlindung pula...huhu...kesian2... Tapi xpa, yg penting kek di bawah ni mmg cool la...haha




Betday girl sambil mengangkat keknya... (x jumpa pic yg betday girl mengeluarkan butir mutiara jernih ketika memotong kek...so <---kurang la exclusive nya)... Tapi xpa, ni pun ok ni...




Lastnya...kami balik bersama...

Memang hari yang best...

Fakta menarik pada hari itu:
~ Betday girl memang-memang keci hati sebab kami x wish, huhu...(intervention: Sambutan betday suprise)
~ Betday girl langsung no idea pasal plan kami ni (intervention: Kami bagitaula)
~ Betday girl....bla3~...yg lain--->secret *****

~Wassalam~.....

Tuesday, January 25, 2011

Seindah Hiasan Duniawi

Assalamualaikum wbt...

Saya tanya...siapakah dia seindah hiasan duniawi?



Jawapannya: Adalah wanita solehah...

Awal subuh lagi, dia bangun...
Awal subuh lagi, dia membersihkan diri & berwudhuk...
Awal subuh lagi, dia menunaikan solat subuh...

Zuhur, Asar, Maghrib, Isya...
Amalan2 sunat...
Tiadalah tertinggal & tidak sekalipun menjadi beban kepadanya...

Dia sungguh cantik...
Cantik ilmu & amalnya...